Selasa, 9 Jun 2009

Hukum Mengadakan Majlis/Tempat Zikir



Tempat berzikir ialah rumah yang dikhususkan sebagai tempat perhimpunan umat Islam untuk berzikruLlah dan mempelajari ilmu. Ianya tidak pernah diwujudkan pada kurun pertama dalam Islam.

Oleh itu, ia dikira sebagai satu perkara yang baru diwujudkan. Jadi, sekiranya ia memiliki syarat-syarat yang akan ditemukakan selepas ini, maka kewujudannya adalah baik. Kerana ia termasuk di dalam kategori majlis zikir yang digalakkan oleh RasuluLLah s.a.w.

Dalil Hadith Sahih :

Kerana terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya ALLah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir. Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesama mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, Setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu ALlah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

Dari Mana kamu datang?

Malaikat menjawab : Kami datang dari sisi hamba-hambaMu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

ALLah bertanya lagi : Apa yang mereka memohon?

Mereka menjawab : Mereka memohon syurgaMu.

ALlah bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu?

Mereka menjawab: Tidak, wahai Tuhan

Allah berkata : Maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaKu?

Para Malaikat berkata : Mereka juga meminta dijauhkan kepadaMu

ALLah bertanya : Daripada apa yang mereka minta dijauhkan?

Mereka menjawab: Daripada nerakaMu.

ALLah bertanya : Adakah mereka pernah melihat nerakaKu?

Mereka menjawab : Tidak

ALlah berkata : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihat nerakaKu?

Para malaikat memberitahu lagi : MEreka juga beristighfar kepada Engkau.


ALlah berkata : Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta jauhkan.

Para malaikat berkata lagi : Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka lalu duduk bersama mereka.

ALLah berkata : Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka."



Hukum Berzikir Beramai-ramai


Assalamu'alaikum wbth, oleh kerana didapati wahabi banyak menimbulkan isu-isu furuk yang mereka hukumkan sebagai bid;ah sesat. Eloklah kiranya kita compilekan soalan yang selalu mereka kata sebagai bid'ah dan beserta jawapan dengan dalil dan hujjah.

Saya mulakan dengan persoalan : Berzikir Secara Jahr (Keras) dan beramai-ramai.


Jawapan


Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau "Al-Bayan" bahawa: " Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.

Dalil Al Quran

"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya..." (Al-Kahfi: 28)


Dalil Dari Hadith :

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).

Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)


Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." (hadis riwayat Muslim)



Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa:


"Hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai".



-tamat ringkasan nukilan-

Demikianlah ringkasan daripada fatwa guru kami, Dr. Ali Jum'ah, yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam.
Wallahu a'lam...

Disediakan oleh:

Al-Faqir Al-Haqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

Sumber : http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/137